Oakland Athletics
Oakland Athletics

Oakland Athletics

Oakland Athletics (sering dirujuk sebagai Oakland A's) ialah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Oakland, California. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) West. Pasukan ini beraksi di Oakland Coliseum. Sepanjang sejarahnya, Athletics pernah memenangi sembilan kejuaraan Siri Dunia.Athletics merupakan salah satu daripada lapan pasukan American League asal dan ditubuhkan di Philadelphia pada tahun 1901 yang dikenali dengan nama Philadelphia Athletics. Pasukan ini menjuarai tiga kejuaraan Siri Dunia pada 1910, 1911 dan 1913 dan disusuli dua kejayaan berturut-turut pada 1929 dan 1930. Pemilik dan pengurus pasukan ini pada 50 tahun pertama kemunculannya ialah Connie Mack dan dibarisi pemain-pemain Dewan Kemahsyuran termasuklah Chief Bender, Frank "Home Run" Baker, Jimmie Foxx dan Lefty Grove. Pasukan ini berpindah dari Philadelphia ke Kansas City pada tahun 1955 dan menjadi pasukan Kansas City Athletics. Pasukan ini akhirnya berpindah ke Oakland pada 1968. Dengan memiliki nama samaran "Swingin' A's", pasukan ini meraih tiga kejuaraan Siri Dunia berturut-turut pada tahun 1972, 1973 dan 1974 yang dibarisi pemain-pemain seperti Vida Blue, Catfish Hunter, Reggie Jackson, Rollie Fingers serta pemilik pasukan, Charlie O. Finley. Selepas Finley telah menjual pasukan ini kepada Walter A. Haas Jr., Athletics merangkul tiga kejuaraan pennant berturut-turut dan Siri Dunia 1989 yang disumbangkan oleh "Bash Brothers", Jose Canseco dan Mark McGwire serta pemain Dewan Kemahsyuran iaitu Dennis Eckersley, Rickey Henderson dan pengurus Tony La Russa. Pada tahun 2002, Athletics meletakkan rekod kemenangan terbanyak berturut-turut dalam sesebuah musim iaitu 20 kemenangan dan ia menjadi satu langkah perintis kepada pengaplikasian sabermetrik dalam dunia besbol.Selepas pasukan California Golden Seals', Golden State Warriors' dan Oakland Raiders berpindah dari Oakland, Athletics menjadi satu-satunya pasukan Oakland dalam lima liga sukan profesional utama Amerika yang terletak di San Francisco Bay Area. Pada 20 April 2023, Athletics mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk pembelian tanah bersama Red Rock Resort di Paradise, Nevada untuk pembinaan stadium baru bagi melengkapkan rancangan untuk meninggalkan Oakland dan berpindah ke Las Vegas Valley.[5][6][7][8] Pada 9 Mei 2023, Athletics menukarkan rancangan lokasi ke tapak Tropicana Las Vegas, yang akan dimusnahkan untuk membina stadium besbol berkapasiti sebanyak 30,000 dan pembinaan hotel sebanyak 1,500 bilik serta kasino.[9] Pada 15 Jun 2023, Gabenor Nevada, Joe Lombardo telah menandatangani bil dana untuk stadium MLB yang disahkan oleh Nevada Legislature. Athletics secara rasminya mengumumkan bahawa mereka akan memulakan proses pemindahan ke Las Vegas.[10]Dari tahun 1901 hingga 2022, rekod menang-kalah Athletics secara keseluruhannya ialah 9,210–9,654.[11]

Rujukan

WikiPedia: Oakland Athletics https://www.mlb.com/athletics/fans/stomper http://m.mlb.com/cutfour/2017/03/16/219365416/the-... https://www.mlb.com/news/best-baseball-cap-for-eve... https://secure.mlb.com/pressbox/styleguide/downloa... https://thenevadaindependent.com/article/sources-l... https://www.theguardian.com/sport/2023/apr/20/oakl... https://www.worldcat.org/issn/0261-3077 https://www.sfgate.com/sports/article/oakland-a-s-... https://abc7news.com/sports/oakland-as-agree-to-pu... https://thenevadaindependent.com/article/as-pivot-...